CIK NORASHIKIN BINTI ISMAIL
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERSING
Monday, October 18, 2010
Tahniah
CIK NORASHIKIN BINTI ISMAIL
Saturday, October 9, 2010
Kemasukan ke UPSI Sesi Disember 2010
Untuk maklumat lanjut klik pautan http://www.upsi.edu.my
Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Tahun 2011
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
- Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
- Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
- Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
- Kemudahan Asrama:
- Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.
Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tahun 2010
1. Mendapatkan sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2010
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.
Syarat Memohon Secara Online
1. Pelajar Bumiputera tingkatan 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak ditawarkan ke MRSM
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan Sains
Cara Memohon Nombor Pin
1. Dapatkan kata laluan secara percuma di semua pejabat MARA mulai 27 September 2010. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
2. Bawa salinan Kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2010.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan didalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
4. Permohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat :
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.
Tarikh Tutup Permohonan :
1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah 21 Oktober 2010
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 4 tahun 2011
1. Alamat laman web : http://www.moe.gov.my, klik pada (SBP Ting 4)
2. Tarikh-tarikh penting :
- Tarikh permohonan bermula 1 September 2010
- Tarikh tutup permohonan 15 Oktober
- Tarikh kemas kini data 16 September hingga 20 Oktober 2010
3. Pastikan maklumat yang telah diisi lengkap dan betul, barulah dicetak.
4. Buat 3 salinan untuk simpanan pelajar, unit bimbingan dan kaunseling, dan di hantar ke PPD.
5. Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah di serahkan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk pengesahan pengetua selewat-lewatnya 18 Oktober 2010
6. Syarat permohonan :
- Pemohon dan ibubapa adalah warganegara Malaysia
- Hanya murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja yang layak memohon
- Lulus PMR sekurang-kurangnya 6A 2B (Sains dan Matematik mesti A).
- Cemerlang dalam kokurikulum, serta mempunyai bakat kepimpinan dan sahsiah yang baik
- Untuk tingkatan 4 Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama, calon hendaklah memperoleh gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab (Komunikasi)
Tuesday, July 6, 2010
Karnival Kokurikulum dan Kerjaya
LATAR BELAKANG PROGRAM
Karnival Kokurikulum dan pendidikan Kerjaya merupakan program rutin tahunan sekolah. Pada tahun ini, sekali lagi Unit Bimbingan dan Kaunseling telah bergabung dengan Unit kokurikulum untuk menjalankan program ini. Karnival kokurikulum dan Pendidikan Kerjaya telah dijalankan pada 12 Mei 2010 jam 7.20 pagi hingga 1.30 petang.
Dalam karnival ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan bola sepak 5 sebelah, pertandingan bola jaring 3 sebelah, pertandingan petanque, pertandingan catur, gerai jualan dan pameran. Pameran yang dijalankan telah melibatkan agensi dan institusi pendidikan. Pameran-pameran ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kerjaya dan memberikan pengetahuan am kepada pengunjung. Antara agensi yang hadir membuat pameran adalah dari Jabatan Perhilitan, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan, UiTM Johor, Kolej Astin, Kolej Poly-Tech MARA dan Giat MARA Mersing.
MATLAMAT
Memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan bidang kerja yang ingin mereka ceburi.
OBJEKTIF
- Pelajar-pelajar dapat mengetahui syarat kemasukan ke IPTA dan IPTS yang mengadakan pameran
- Pelajar dapat melihat demonstrasi yang dipersembahkan daripada Skuad Rejimen 21 Kem Iskandar Mersing agar minat mereka berkaitan kerjaya ketenteraan dapat dipupuk.
- Pelajar dapat ilmu pengetahuan dan maklumat melalui pameran yang dijalankan
PERINCIAN PROGRAM
Majlis Perasmian
Pertandingan-pertandingan :
Perlawanan bola sepak 5 sebelah
Perlawanan bola jaring 3 sebelah
Pertandingan mereka cipta dan gubahan dari bahan terbuang
Pertandingan petanque
Pertandingan gerai kreatif
Pertandingan buku rekod kokurikulum
Pertandingan papan kenyataan
Pameran dari :
Polis Diraja Malaysia
Tentera Darat Diraja Malaysia
Pejabat kesihatan
Prostar
Alumni SMK Mersing
Jabatan Perhilitan
Pembimbing Rakan Sebaya SMK Mersing
Giat Mara Mersing
Universiti Teknologi MARA Johor
Kolej Astin
Kolej Poly-Tech MARA
Kelab Radio Komunikasi Mersing
Demonstrasi :
Demonstrasi tempur tanpa senjata dari Skuad Rejimen 21 Kem Iskandar Mersing
Demonstrasi tali temali dari Jurulatih Pusat Kokurikulum JPNJ
Gerai jualan
Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
Minggu Orientasi Pra-U
Program orientasi Pra-U telah dijalankan pada 10-14 Mei 2010. Program ini telah dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan dibantu oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru Pra-U. Program ini merupakan rutin tahunan yang diadakan untuk menerima kemasukan pelajar tingkatan enam rendah ke sekolah semula.
MATLAMAT
Melahirkan iklim sekolah yang kondusif dan teraputik serta memberikan rasa penerimaan pelajar di sekolah dengan baiknya.
OBJEKTIF
- Mengagihkan pelajar mengikut kesesuaian aliran dan kemahiran.
- Mendedahkan pelajar tentang konsep pembelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
- Menanamkan rasa cintakan sekolah dan untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri pelajar
- Mewujudkan kerjasama antara satu sama lain.
- Melahirkan pelajar yang bersifat nasionalisme.
- Pendaftaran pelajar pra-u
- Taklimat Minggu Orientasi
- Taklimat SMM
- Taklimat keseluruhan pakej
- Suai Kenal
- Taklimat HEM
- Taklimat Kokurikulum
- Taklimat Peperiksaan
- Taklimat Biasiswa
- Taklimat Mata pelajaran
- Taklimat Hala Tuju selepas STPM
- Taklimat SPR
- Taklimat NKRA
- Program bersama MPP