Monday, April 26, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN 2010

LATAR BELAKANG PROGRAM

Kursus Kepimpinan Pengawas telah dijalankan pada 17 April 2010 bertempat di Dewan Aspuri SMK Mersing. Seramai 54 orang pengawas telah terlibat, dan dibantu dengan 10 orang fasilitator yang merupakan ahli kelab bimbingan dan kaunseling. Guru-guru yang turut menjayakan kursus ini seramai 11 orang yang merupakan guru pengawas dan guru bimbingan dan kaunseling. Kursus telah dijalankan selama sehari iaitu dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini dijalankan adalah untuk memotivasikan para pengawas dalam menjalankan tanggungjawab dan membimbing para pengawas agar memimpin dengan lebih sistematik dan berkeyakinan.

MATLAMAT

Melahirkan pemimpin yang berkelayakan dan berkemahiran serta berpotensi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


OBJEKTIF

Pada akhir kursus peserta dijangka:

4.1 Peserta akan lebih bermotivasi khususnya dalam menjadi pemimpin di sekolah.
4.2 Lebih mempunyai kebolehan dan keyakinan diri serta dapat membentuk kreativiti yang boleh digunakan untuk menghadapi situasi kepimpinan di sekolah.
4.3 Mempunyai cara memimpin yang lebih bersistematik dan boleh membahagikan masa dengan lebih baik dari sebelum mengikuti program ini.


PERINCIAN PROGRAM

Ice Breaking

Aktiviti ice breaking telah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Lembaga Pengawas Sekolah. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan peserta dan membantu mereka lebih bersedia mengikuti kursus.

Sayang Si Buta

Sayang Si Buta merupakan aktiviti ‘team building’ yang dijalankan untuk melihat cara kepimpinan peserta. Ketua kumpulan diminta membawa ahli kumpulan yang ditutup matanya ke satu tempat (matlamat). Dalam masa yang sama, sekumpulan pelajar akan berusaha menggagalkan misi tersebut. Ia bertujuan untuk melihat sejauhmana usaha dan strategi pemimpin.

Ceramah Pengucapan Awam

Ceramah disampaikan oleh Cik Norashikin binti Ismail, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Mersing. Isi ceramah adalah berkaitan ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang yang ingin membuat pengucapan awam. Ia bertujuan untuk membimbing para peserta menyampaikan pengucapan awam dengan lebih baik.

Kenali Potensi Diri Pemimpin (Aku Pemimpin Satria)

Aktiviti dikendalikan oleh Pn. Siti Hawa binti Ahmad, Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Mersing. Aktiviti dijalankan untuk meyakinkan peserta bahawa mereka mempunyai potensi diri yang terpendam.

PENUTUP
Kursus yang dijalankan dapat melahirkan lebih ramai pengawas yang bermotivasi, berkeyakinan diri dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat.

















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...