Thursday, February 11, 2010

Program Peningkatan Sahsiah Disiplin Murid

Kursus ini telah dijalankan pada 18 Januari 2010 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 petang. Program melibatkan lima buah sekolah sekitar daerah Mersing iaitu SMK Anjung Batu, SMK Sri Mersing, SMK Mersing, SMK Pai Chee dan Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar. Seramai 500 orang pelajar telah menghadiri program.

Matlamat Program adalah untuk meningkatkan kualiti disiplin murid sekolah dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.


Perincian Program :

1.1 Pendaftaran

Proses pendaftaran para peserta dijalankan untuk mengetahui jumlah sebenar peserta dari setiap sekolah yang hadir.


1.2 Ceramah 1 : Mencari Juara

Program dimulakan dengan slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Ismail, dari SMK Anjung Batu. Pengisian ceramah beliau adalah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar bahawa manusia dilahirkan sebagai Juara. Justeru itu ciri-ciri sebagai seorang juara itu seharusnya digilap agar potensi sebenar pelajar dapat dizahirkan.

1.3 Ceramah 2 : Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Sekolah

Slot kedua diteruskan dengan ceramah bertajuk Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Sekolah yang telah disampaikan oleh Tn. Hj Roslan bin Hayon, Penyelia Kanan Disiplin, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Dalam slot tersebut peserta telah diberi penerangan yang khusus mengenai maksud disiplin, jenis-jenis salahlaku disiplin dan tindakannya, dan buli.

1.4 Ceramah 3 : Jenayah Dalam Kalangan Pelajar

Slot ketiga disampaikan oleh Inspektor Mohd Nasir bin Drahman berkaitan kesalahan jenayah dalam kalangan pelajar terutama kes-kes jenayah yang berlaku di daerah Mersing. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam salah laku jenayah.


1.5 Majlis Penutup

Program diakhiri dengan majlis penutup oleh En. Murthazar bin Mohd, Penolong PPD SPK, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...